k@ zum@i

Bersama dengan geng Bermukun Brunei, masa di miri sarawak tahun 2006, jangan nda galat hehehe... masa tu aku penerbit rancangan bermukun. kami di sana nda silap ku 4 hari dan kami tinggal di Dynasty Hotel, dan ketua rombongan kami ke sana Tuan Hj ali, Tuan Hj morni dan Tuan Hj daud , kami ke sana pakai bus.






Ani masa rakaman dijalankan di studio miri, tuan hj daud sebagai penyampai nya, sambil-sambil rakaman pemukun yang lain ambil kesempatan berjoget. Lama jua lah rakaman nya 4 siri sekaligus lapar jua perut menunggu tapi inda lah.. kami disana semua complete kana sediakan makan dan minum tapi... pas makan kan tdo rasanya. Apa g mendengar org berbalas2 pantun macam kana dodoikan..apa pun jawab lamah.



Ani kami kana jemput membuat rakaman bermukun di Kampung Bakam Miri, (dalam sebuah dewan). Tetamu kehormatnya nda ku ingat siapa, tapi yang unik nya di kampung ani anak-anak muda nya yang belia remaja rupanya fanatik dengan rancangan bermukun ani , sampai durang sendiri ikut berjoget sambil membalas pantun2 dari pemukun yang udah berpengalaman,sampai panuh dewan tapi cuba perhatikan siapakah yang ikut berjoget itu...




Ani esok nya kami kan balik jadi kami makan beramai-ramai di Madly Restaurant, bos belanja, terima kasih bos..sayang bos haha......
|
k@ zum@i


Gambar kenangan bersama dengan pelakon Dato Jins Samsuddin, di Kuala Lumpur dihotel Fair Land, masa tu ia datang ke sana kan mengambil barang titipan Wah titipan.. anak angkat nya di brunei yang merupakan kawan my sis..dato jins datang bersama dengan isteri dan anak-anak nya sekali, kami apa g inda melepaskan peluang bergambar sama ia, lihat lah wajah isteri dan anak-anak nya, ada imbas2 dia gitu...
|
k@ zum@i

Imuda

Anis Suraya

Bienda

Syura

Tomok

Heliza Af

Aidil Af

N.D Lala


Rosnah


Ajai


Kaer Af


Ann Ngasri


Zahid Af


Zamarul


Haziq Af


Bell Ngasri


Ruhana Jalil


Nassier Wahab


Ct Sarah

Halim Osman


Ezlynn


Jay Jay


Nurul Af


Anding Af


Ct Nordiana


Liza Hanim

Sebetulnya Banyak lagi..tapi hentahlah labu kemanakah pergi nya foto-foto itu, ini ajo yang masih dalam simpanan ku.

|
k@ zum@i
BERANGKAT ADAKAN LAWATAN TIDAK BERJADUAL
Kebawah DYMM prihatin perkembangan RTB



BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Mei. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengadakan lawatan tidak berjadual ke Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB).

Keberangkatan tersebut menunjukkan keprihatinan baginda dalam memastikan perjalanan jabatan-jabatan dalam kerajaan baginda benar-benar efisien, mantap dan berkesan, apalagi RTB dengan peranannya sebagai sumber maklumat rakyat dalam bidang media elektronik.

Semasa berada di kompleks RTB itu, baginda berkenan melawat di Bahagian Pentadbiran di tingkat satu yang kemudiannya, diikuti Bahagian Rancangan TV di tingkat dua, Bahagian Rancangan Radio di tingkat tiga, empat dan lima seterusnya Bahagian Kejuruteraan di tingkat enam.

Setelah itu, baginda kembali ke tingkat bawah untuk meninjau bahagian studio-studio iaitu tempat yang digunakan bagi membuat rakaman radio dan tempat-tempat siaran radio ke udara.
|
k@ zum@i


Gambar ketika mengikuti Bengkel "Juruhebah Live Performance" 2005 bersama dengan Dj popular Malaysia siapa lagi kalau bukan Halim Othman, k jua lah banyak jua ilmu yang kami dapat dari kedidia, bukan ilmu hitam... tapi ilmu bersangkutan tentang bidang penyiaran.
Apa pun..... Saya Putar Halim!!!!!
|
k@ zum@i




Ani gambar-gambar ketika bertugas di Singapore tahun 2007, rakaman berpantun bersama rakan-rakan juruhebah di singapore, rancangan MOU RTB
dan MEDIACORP WARNA SINGAPURA.

kami berada di sana selama 7 hari,rombongan kami ke sana di ketuai oleh Tuan Hj bahmin, Hj Daud Hj Metarsad, Harun Al Rashid Moslam, Hjh Ct Maria dan Noriah Tuah. dan juga turut di temani oleh Bodyguard tersayang hehehe siapa g suami i lah...

siuk jua lah selain berpantun kami jua membuat rakaman nyanyian untuk rancangan hari raya yang di namakan rancangan JALINAN MESRA.
|