k@ zum@i

Seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan. Kesannya, timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.

Masalah gini senang selesai bila adanya sikap pemaaf. Andai kedua-duanya panas baran, ego dan hanya mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.

Tidak semua orang boleh mendidik hati mereka supaya jadi pemaaf, sebab mereka mahukan orang lain yang minta maaf dulu ngan mereka. Dah menjadi sikap manusia, mereka mahu di hargai, mahu dihormati. Bila pertelingkahan timbul, mereka payah nak jadi pemaaf.

Bagaimana dengan Awda? Adakah Awda juga susah nak memaafkan kesalahan orang lain?

Jika begitu, Awda tergolong dalam kalangan orang yang kurang bermotivasi, susah nak jadi bersemangat sebab di hati Awda penuh dengan noda hitam dari fikiran-fikiran negatif. Benci, meluat dan dendam tu adalah fikiran negatif sebenarnya.

Contohi sikap Rasulullah s.a.w. yang pemaaf, walaupun dia pernah luka di lempar batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Saya sedar kita bukan setabah Rasulullah s.a.w, namun kita boleh membina sikap pemaaf, penyabar dengan mencontohi sikap Baginda.

Latih diri kita menjadi pemaaf, kerana ia dapat membuang fikiran-fikiran negatif yang bersarang di hati. Kesannya, Awda senang di dekati oleh sesiapa saja, even complete strangers. Sesiapa saja akan melihat Awda unik lalu tertarik untuk mengenali Awda dengan lebih lanjut lagi.

Dalam perhubungan, ia akan membuat rakan Awda menyenangi Awda dan bersemangat bila bersama Awda.

Hargailah kawan, kerana tanpa sokongan darinya, Awda keseorangan lalu membuat diri jauh dari kejayaan.

Be a good friend.

(dato dr hj md fadillah kamsah)
|
k@ zum@i
Limau purut buah berangan
Tanaman wang mail di batu marang
kalau kan turut ikut rancangan
Sila mendail dari sekarang
(pantun di ciplak dari hj zaini wawawa... )
Pergi ke kedai membeli filem
untuk menghibur hati yang duka
Banyak segment di HARMONI FM
Apa rancangan yang biskita suka
(Mcm nda betamu saja pantun ku atu ...di KIAnggeh kanya betamu ni)
Pagi isnin berjumpa pak Halim
hendak membeli buah rambutan
banyak pemanggil di harmoni fm
yang mana satu biskita gerigitan
(antam tia... jawab Lamah)
i dah tau dah jawapan nya
saja- saja untuk menghibur hati yang duka cewah....
|
k@ zum@i
Kemarin dengar ku rancangan berpantun ria .. Rindu jua ku banar a ... lama dah nda ku duduk di studio bepantun sama c is.

Dari bulan puasa segment atu di tiadakan ,sekali masa raya nada bos masukan aku sal nya ngam hari kelepasan awam, ada sekali masa syawal masih, masukan nya ku duty pantun nda tia jua jadi sal rancangan vokal harmoni di ulang time kami kan bepantun, pas tu bulan november ani dua kali ku masukan nya duty bepantun.
TER...cuti tia ku jua hehe... Cemanakan tu
Nda p lah pas cuti kang BALAS DENDAM
BOWH BEIJAP BUNYINYA
Tunggu aje lah kembalinya k@ zum@i dalam segment Berpantun Ria
Pasti Gempak...Atu a haaaa
Jadi pastikan terus Mendengarkan Segment Berpantun Ria
Setiap Hari Selasa
Jam 1.30pm
3 Pantun Terbaik akan menerima hadiah sumbangan dari Seri Q-LAP Cineplex.
|
k@ zum@i





Da ku tau apa kan di cetakan sal gambar ani, liat saja tia muka nya yang merah ... al maklum iakan nyusu Tut... hehe, mamanya g makan jamu2an , panas jamu atu terkenalah arahnya. Anak-anak zaman sekarang baru lahir tarus buka mata, nya org tetua , kalau anak-anak zaman dulu temasuk zaman ketani kali a, seminggu durang lahir baru tah bebuka matanya.. Cuba biskita komen sikit sal hal atu....kenapa ya demikian rupa eee.

Harapan mama...cepat2tah ko besar, jadi anak yang berguna, Selamat ko Lai......

|