k@ zum@i
Cerita ku sambung dengan me upload gambar tiga dara pinggitan ani dulu hehe...

Lepas saja tugas menyiarkan langsung rancangan bermukun kami kan round lagi, satu carnival, terutamanya kami kan masuk rah games yang kana sediakan di sana, nda ku ingat apa namanya tapi yang ku tau setiap satu games bayar satu ringgit. Siuk kali a kalau betamu sama geng-geng harmoni fm, meronda - ronda satu icc. Tapi sebelum atu kena touch up,mana tau ada lada tesalat rah gg hehe, mau jua kami kelihatan jelita ayu lagi mempesona.

-----------------------------------------------------------------------------

Masuk ja rah games atu, permainan pertama yang kami cuba ialah PUZZLE HUNTING, menamukan perkataan ANUGERAH RTB, jadi kami minta Dj Lia VS Dj Zakaria, siapa paling cepat menamukan ayat atu. Persaingan memang cukup sengit, mula- mula di lihat ,dj lia lebih pantas mendapatkan ayat pertama tapi yang inda disangka dj zack yang memenangi permainan atu. Tahniah dj zack buat dj lia jangan putus asa, terimalah hakikat atas kekalahan atu (klw faham bisai)hehe..cuba lagi di tahun yang akan mendatang.


Cari jangan tak cari

------------------------------------------------------------------------
Sebetulnya banyak lagi permainan yang ada disana di antara nya :






Sebelum balik kami begambar di depan poster Academy Muara Vella FC dan juga begambar bersama peminat Harmoni fm


|
k@ zum@i

Ahad 15hb feb 2009 kemuncak Carnival Anugerah RTB, aku menjadi penerbit Rancangan Bermukun yang kami siarkan langsung ke Radio Harmoni Fm, bermula jam 1.30pm, sambutan orang ramai begitu menggalakan,Penyampai rancangan seperti biasa Tuan Hj Zaini, pemain gendang Hj Jahari, pemain viola Hj Emran dan pemain accordian Abd Rahman , pemantun nya Hjh Ct Baderieah Dan Nordin.

Ramainya peminat Rancangan Bermukun

Masa bermukun kami alu-alukan pengunjung yang menonton, berpantun bersama dan kami juga bukakan talian untuk pendengar-pendengar Harmoni Fm. Biasalah kalau mendengar coleteh tuan hj zaini gerenti inda karing gusi dibuat nya. Banyak yang suka tapi ada masanya "Alamak Terlebih Sudah..."



Joget jangan tak joget yang paling lucu dilihat orang berjoget ani, pemantun hjh mariam masa bejalan kami liat betongkat-tongkat ya, tapi masa bejoget inda tia beguna tongkat nya a cna kan tu hehe.... tapi inda pulang ada gambarnya di sini inda g ku ingat kan mengambil gambarnya asyik dah meliat ia berjoget style tangan ayam a. eeee... (potong ayam!!!)


I busy nampak

Rancangan bermukun sebetulnya habis pukul 3pm pasal sambutan dari pengunjung begitu hebat, paksa tah dilanjutkan sehingga 3.30pm, tapi inda live ke radio lah, singgan pukul 3 atu saja live, yang selebihnya, untuk menghibur pengunjung yang datang saja.

sempat g posing tu, masa mukun tu kan cari parking payah pasal ngam ada orang kawin jua di icc waktu atu , kan naik pun inda kana suruh oleh guard atu paksa tah exercise jalan kaki naik ke atas, ngalih, kapus-kapus jua rasanya, apa boleh buat cik nasib badan.


Ambil kesempatan makan , lapar kali a hehe.. tapi saat membeli makanan atu masih ku ingat lah, aku, dj lia, jah ros dan dk maslina,beli popia asi2 g tu aku a bagi tau " kami ini penyiar " haha..rasa jua tu kan minta discount, dan masih ku ingat masa makan kedundung free hehe.. tapi masa balik ke rumah nyasal jua ku inda beli. Tu lah kan free saja hehe.. kes nakal bah tu, bukan selalu... nda ja ka lia.

Ambil kesempatan gambar ramai mungkin ada yang belum tau siapa-siapa durang ani , dari kanan wang salat ani Dj Gantang Dj Zakaria, kemudian Dj Cantik dj Nooridahaniwati, di belakang nya atu Dj Ayu Dj Nazerah, pas tu Dj Jelita Dj Lia, kemudian Dj mempesona Dj Hjh Noi, sebelah nya g Dj Cute Dj ka zumai hehe.. pas atu penjadual manis Hjh Rosnah dan hujung sekali dj ala-ala manja gitu dj hjh dd. haha... jgn ada yang ke hati bila membaca ayat2 ku ini eee... tapi ada macam pekerja minyak kah kami atu...

Singgan disini dulu ceta ku , nanti ku sambung lagi, Tunggu...sal ada lagi gambar seterusnya yang kan ku upload ke blog ku ani.

|
k@ zum@i
Hari yang paling ku tunggu-tunggu , bertemu dengan artis pujaan ku
DUDE HARLINO
akhirnya sampai hajat ku kan begambar bersama dude walaupun beasak-asak nda tah kira tu hehe....Aku memang minat gila dengan dude semenjak aku meliat sinetron Intan, watak yang di bawa oleh dude dalam sinetron intan sebagai Rado ,kata orang menjadi atau hidup lah lakonan nya, kejiwa kali a haha..tapi yang inda disangka-sangka ia kana undang ke Brunei sempena carnival RTB , akhirnya tercapai hajat ku bersua muka dengannya.
------------------------------------------------------------


Sesi temuramah dan kuiz bersama pengunjung yang datang dan yang beriya-iya sangat untuk melihat secara dekat wajah dude, baim wong dan zaskia adya mecca

Wajah dude di dalam tv dan di luar tv berbeza, lebih handsome ia dilihat secara live.
Betul cik....

Harapan semoga ada peluang sekali lagi bersua muka dengan dude atau pun ada peluang menemuramah dude untuk rancangan Harmoni fm, sal kesal jua lah nda sempat kan becakap sama ia apa lagi kan minta hp kah e-mail kah, sekurang-kurang nya kalau tau contact nya dapat jua interview ia melalui telepon secara live untuk rancangan raya.

|
k@ zum@i
Carnival Anugerah Rtb mula diadakan pada 12 hingga 15hb feb 2009 di pusat persidangan antarabangsa berakas,Kami di Harmoni Fm juga tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan carnival tersebut, masa petang 12hb atu dah aku dan rakan dj ku nazerah, kana suruh melapor di icc mengenai acara -acara yang berlangsung pada hari tersebut, jadi kami kesana sama-sama, sebuah kereta, ikut dj Nooridahaniwati , tapi malang nya kami inda dapat melapor macam selalunya pasal ada masalah technical yang inda dapat dielakkan, tapi kerana udah tugas dan udah diamanahkan oleh bos, kawan dj ku Nazerah melapor jua secara live ke studio Harmoni melalui telefon saja. Angan-angan kan buat kuiz ni apa.. tapi inda kesampaian

Sedang asyik berbincang mengenai kuiz yang akan diajukan kepada pengunjung2.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Habis ja melapor kami ambil kesempatan meround satu carnival, dan kami kan mencuba masuk Rumah Hantu, kan mencuba keberanian lah konon... baru liat pintu dapan nya pun rasa berdebar - debar, masuk kena bayar satu ringgit seorang..hehe hutang belum bayar g hehe...

Eeeeee....Seramnya

Sedang tunggu Q kan masuk ke Rumah Hantu ( mcm C banar ni kwn kami yg pakai baju orange ani senyum2 ambil gambar sebelum masuk ke rumah hantu eee).

eee buruk nya muka... anak siapo ni

---------------------------------------------------------------------------------------

Ani gambar dalam rumah hantu,di luar tadi bukan main berkobar-kobar kan masuk , tapi time turn kami.... payah.... ber arah2an kan masuk, terutamanya dj nooridah nda tia jadi, datang tia angin sengugut nya hehe... jadi kami 3 orang saja masuk, se x kami masuk kedalam bekutal-kutal bah tangan dj jee ku tarik-tarik, alum g dengan suara kami yang teriak-teriak , kalau boleh secepat yang mungkin kami kan ke luar dari rumah atu, bukan apa yang kami kalah, hantu yang mengajut-ngajuti atu, baik ja kami nada penyakit jantung, sekali keluar Lamah rasa badan tarus, bukan lamah apa ngalih beteriak ngalih ketawa, tapi atu kira pengalaman lah , kalau inda masuk ke rumah hantu atu, penasaran jua jadi nya kan mau tau cemana dalam nya hehe, tapi sayang nya aku terlupa ngambil gambar masa kami keluar rumah hantu atu, kalau inda, dapat jua biskita meliat wajah - wajah kami yang mengalih macam orang bagas belari 100 meter.

|