k@ zum@i

Pengiran Muda Abdul Malik berangkat menyaksikan sendiri pembakaran sate yang mencipta rekod Guiness Book of World Records.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Brunei kini berbangga kerana rekod penyediaan sate terbanyak di dunia sekali gus meletakkan Brunei dalam buku "Guiness Book of World Records".
Yang berangkat menyempurnakan pelancaran rekod itu adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Abdul Malik sempena sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan di Kelab Polo Jerudong.
Pencapaian rekod Restoran Tarindak kelab berkenaan menyediakan daging ayam seberat 1,184 kilogram sempena sejarah sambutan Pengisytiharan Hari Kemerdekaan Negara iaitu pada 1 Januari 1984.

Seramai 205 sukarelawan terdiri daripada penuntut Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal terlibat dalam acara membakar dan 15 pekerja sepenuh masa terlibat menyiapkan sate berkenaan dengan mengambil masa keseluruhan selama 1,200 jam iaitu secara purata 80 jam seorang, dalam masa 10 hari.
sebanyak 25,000 cucuk sate dapat dibakar pada setiap pembakaran dan sebanyak tiga pembakaran dibuat menjadikan jumlah sate yang dibakar sebanyak 75,000 cucuk.
---------------------------------------------------------------------------
Sate terbanyak yang di adakan di jp polo and Riding Club pada 23 Feb 2009 itu juga turut mengundang Harmoni Fm untuk sama-sama memeriahkan acara tersebut, seperti biasalah segment yang sangat diminati bukan saja dari golongan warga emas tapi juga golongan belia-belia, tidak lain tidak bukan segment Bermukun.

Dalam Perjalanan menuju ke Pentas Mukun, jauh x a

BERMUKUN BERSAMA HARMONI FM


Pemukun yang berpengalaman, berpantun secara sepontan.. dengan penyampai yang petah dengan lawak bersahaja.
Rakan juruteknik yang turut sama bertugas.

Pentas mukun betul-betul berhadapan dengan pantai. Orang ramai sedang menyaksikan berlangsungnya acara mukun.

----------------------------------------------------------------

Selain dari bermukun, orang ramai juga diberi peluang untuk menunggang kuda tapi kena bayar le....$5 sekali naik.

kuda-kuda yang ada disana semua ada nama tersendiri yang ani alum g ku berkenalan siapa namanya hehe...

kami pun apalagi inda lepaskan peluang bergambar sama kuda ani, tapi sebenarnya tuhan saja yang tahu, baru sikit kuda atu begarak,kami tarus beteriak... lari... mcm org jumpa hantu haha..sama kuda pun takut, gerenti kuda atu becakap " nda papa kali nya durang ani." asal ku begarak ja meneriak lari... kesian de loh...baru pernah jumpa kuda kalinya hehehe...


Siapa lebih cute sharin atau kuda? hehe..

---------------------------------------------------------------------

Di sana juga ada persembahan dari BADAN KEBUDAYAAN KESENIAN DAN WARISAN TRADISI BISAYA KAMPUNG BEBULOH.

Aiseymen..tunjuk terror lah tu...Sumbang saja eeeeee...

--------------------------------------------------------------

Walaupun hujan turun dengan lebat sekali orang ramai masih belum berganjak meninggalkan pentas kerana ada persembahan istimewa diadakan iaitu persembahan SILAP MATA dari kumpulan apa nda ku ingat yang ku tau durang dari negara philippines. Yang kebanyakan nya durang bertugas jua di negara ketani.


Pertunjukan simpan air dalam surat khabar, tapi air nya awal2 tu nada, pas tu ada cia eee.kanak-kanak lah yang paling iski meliat, org tetua tenganga mulut kanya.

Ani pertunjukan ngeluarkan kotak dari kotak, kotak shooping atu dilihatkan nya kosong tapi ia kuarkan kotak2 yang damit atu dalam enam kotak semuanya , elah..mcm tah ku nda tau trick c badar a. hehe


Ani persembahan mengorek telinga nada deh antah apa kah tu keratas or kain dikuarkan nya dari telinga anak ani, baik ja nda kuar budu.

Biasa le acara terakhir ambil kesempatan bergambar, apa pun enjoy jua lah masa ri tu, walaupun terasa ngalih dan buat rakan-rakan dj ku, lain kali lagi a, atu saja sekian terima kasih hehe..
|